Bila duduk di perantauan, mula la ngade-ngade rindu kat makanan Johor.
Yayan ni ‘kipas susah mati’ Laksa Johor. Kalau kt kampung tu senang la nak
jumpa Laksa Johor ni. Tapi bila kat Selangor ni, payah bangettt nak jumpa..
Pernah sekali tu mase stay rumah sewa kat Putrajaya, Yayan susah payah menumbuk
bahan-bahan untuk buat Laksa Johor ni sebab kat rumah sewa takde blender.
Lesung batu pun comel je..letak sebiji bawang pun dah full...bersungguh-sungguh
Yayan bangun pagi-pagi nak sediakan bahan masa tu. Alhamdulillah, first time
masak, memang tidak mengecewakan..:D
Tapi sekarang ni dah duduk hostel, tak dapat la nak masak... Penyelesaiannya, taip kat Mr. Google: “Laksa Johor Bangi”. Jumpa! Rupa-rupanye
ada restoran yang jual masakan Johor kat Seksyen 15, area Petronas yang dekat dengan
tol Bangi tu. Apelagi, ajak la si Bana ke situ.
Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor, Seksyen 15, Bangi
Nak ikutkan dari review-review
dalam internet, kedai ni sentiasa beratur orang nak order makanan. Tapi selamat la
masa kitorang sampai belum lunch hour. So, takdela nak kena line up panjang-panjang. Rambang
mata pulak tengok menu kat situ. Menu tak banyak, tapi semua macam nak makan
time tu jugak. Menu utama kat kedai ni Nasi Beriani Gam, tapi disebabkan Yayan
ni peminat Laksa Johor & dah lama tak makan, Yayan order Laksa Johor. Susah
nak buat keputusan jugak time tu :D... tapi Yayan dah fikir, next time mesti datang lagi,
try Nasi Beriani pulak..
Selain tu, ada jugak Mee Rebus Johor, Mee Bandung Muar,
Soto. Harga pun murah.
Untuk menu yang jenis mee, harga RM4....Minuman pula Yayan order limau ais. Semua sekali RM5.20. masa duduk
tunggu makanan sampai, Yayan perhatikan gak sekeliling kedai. Boleh dikatakan orang masuk tak putus-putus. Walaupun belum lunch hour, ada je customer keluar masuk kedai ni.
Setelah tunggu beberapa minit, menu yang diorder pun tiba......
Pilihan Yayan: Laksa Johor & Air Limau Ais
Pilihan Cik Bana: Mee Rebus Johor.
Oleh kerana Yayan ni ‘hantu’ laksa johor, maka, sampai licin pinggan Yayan..hehe...mee rebus pn sedap gak...cukup rase..ada macam crunchy-crunchy sikit, maybe dia letak cucur yang dipotong-potong....Tapi disebabkan selalunya mak Yayan masak Mee Rebus letak daging, so, bile jumpe yang takde daging, kureng menarik minat Yayan la...:D
Oleh kerana kali pertama Yayan tak try lagi menu utama kat
restoran ni, lepas seminggu, Yayan ajak Bana dtg sini lagi. Kali ni sampai kedai
lunch hour. Walaupun pergi ni hari Ahad, orang berduyun-duyun beratur. Yayan pun
beratur la gak...pilihan Yayan adalah Nasi Beriani Daging.
Nampak sedap kan? Daging seketul, tapi besar & sangat lembut. Ada acar nenas, keropok, kuah (dhal agaknye..) yang ni harga dia RM7.
Actually, Yayan bukanlah penggemar nasi beriani, nasi
minyak, nasi jagung & seangkatan dengannya (nasi-nasi yang orang selalu
masak untuk jemputan kahwin laa). Yayan penggemar nasi putih je. Sebab tu Yayan tak
reti menilai sejauh mana kesedapan nasi ni. Lepas makan nasi beriani ni, Yayan rasa boleh
tahan....sedap dan kalau tiba-tiba teringin nak makan nasi beriani, wajib pilih restoran ni...:D Nasi dengan lauk-lauk yg boleh dikatakan
dlm portion yg sesuai. takdelah macam sesetengah kedai yang Yayan pernah pegi
tu, bagi nasi banyak-banyak, tapi lauk sikit. Disebabkan kesedapan nasi kat
restoran ni la yg membuatkan ramai yang datang, berduyun-duyun. Masa Yayan nak
balik, dah semakin ramai customer datang, sampai dekat luar kedai dah orang beratur.. bersungguh mereka nak
dapatkan nasi beriani. :D
Antara menu-menu di restoran ni:
Ayam Kampung Beriani
Ayam Kampung Goreng
Ayam Masak Merah
Beriani Daging
Beriani Kambing
Laksa Johor
Mee Bandung Muar
Mee Rebus Johor
Soto
Terima Kasih Restoran Anje sebab menghilangkan rindu Yayan
pada Laksa Johor...:D
No comments:
Post a Comment