About Me

Assalamualaikum. Janizan. Haryani. 23. Kami suka makan & jalan-jalan..sekian.

OuR LoVe JouRNeY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BeRMuziKa

Powered by Blogger.

Wednesday, 17 April 2013

Makan 3: Double Sensation Pizza di Pizza Hut, Bangi


Pizza Hut Bangi ni terletak di Warta Bangi. Sebenarnya, misi utama ke Warta bukan nak ke Pizza Hut pun, tapi sebab nak cari perfume Cik Bana. Tapi misi utama tak tercapai pun. Sebaliknya, tertuju ke Pizza Hut...:D

Actually, Yayan kurang suka makan pizza sebab bagi Yayan, makan pizza cepat kenyang, tapi kejap lagi dah lapar balik :D Tapi disebabkan oleh susun atur selepas di’renovate’ kt Pizza Hut Warta ni kot yang buat Yayan terpengaruh. Lepas direnovate,  nampak lebih ekslusif & selesa... susun atur pun leh psiko selera kita erk?  :D

Bana yang ayu berbaju kurung... :D 

Kami pilih set Double Sensation Pizza seperti di dalam gambar ni:
Gambar dicopy-paste dari Mr. Google.  Set ni didatangkan dengan pizza bersaiz regular, 2 mangkuk sup, 4pcs garlic bread dan 2gelas air.

Masa pilih menu tu, ada gak terpengaruh tengok menu-menu lain especially spaghetti. Tapi berjaya jugak tahan iman.. Bukan ape, sebelum ni pernah je order pizza dengan menu-menu lain.. tapi tak larat nak abiskan...maybe sebab roti tu mengenyangkan...

Mula-mula yang sampai ke meja kami adalah appetizer:
Yang putih tu air Bana: Revive. Yayan pula pilih Pepsi. :)

Lepas dah abis appetizer, barulah pizza kami sampai... Nyam3x....

Nampak menyelerakan, kan? Kt atas pizza ni ada sosej, dalam pun ade lagi..tepi pun banyak gilee cheese...sedap memang sedap...tapi penambahan lemak di dalam badan pun banyak..:D.. sgt mengenyangkan....baru makan dua sepotong, dah terasa kekenyangan. Yayan hanya mampu habiskan 2 slices je kat situ. Lagi satu slice suruh waitress tu tapaukan.


Sebelum pulang, kami ke pegi ke kaunter untuk membayar. Harga set ni sebenarnya RM29.90. tapi selepas tambah segala macam tax la, services la.. jadi RM34.70. Ok lah tu utk 2 org. Dah, esok diet, tak nak makan. Mampu ke? :p

No comments:

Post a Comment