Lamanya tak update blog ni. Almaklumla.. dah masuk bulan
akhir before final. Banyak la assignments nk settle. Normal la student akan
rushing last minutes :D
Dalam kesibukan menyiapkan assignments, sempat la gak join
majlis cabutan bertuah. Majlis ni dianjurkan oleh Kiosk 8 for Community yang
terletak di Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM. Cara nak join cabutan ni,
makan lebih daripada RM2 dalam satu resit. Kemudian tulis nama & nombor matrik
dibelakang resit dan masukkan dalam tong yang disediakan. Tak silap Yayan,
tempoh cabutan ni selama dua minggu. Tapi Yayan tak lah makan hari-hari-hari kat situ. Masa minggu pertama tu rajin la... Tapi minggu kedua kurang sikit makan kat kiosk sebab ada program kat fakulti, dapat makanan free.... :) Walaupun dengan hanya beberapa keping resit yang Yayan masukkan, Yayan dapat gak la habuan...hehe...Bak kata pepatah, ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.... Yayan dikira bertuah la gak sebab tersenarai antara 10 penerima hamper....yiihhhaaa... tapi belum cukup bertuah sebab tak dapat hadiah utama: Iphone 5. Haishhh... tapi bersyukur la dapat hamper tu kan :D
So, disebabkan Yayan dah dapat hamper, Yayan nak promote sikit, Kiosk 8 for Community ni menyediakan pelbagai hidangan yang sodap-sodap belaka....Antaranya, Nasi Ayam, Soto, Nasi Kukus, Nasi Lemak, Nasi Campur, makanan panas utk waktu petang dan macam-macam lagi la. Dan kiosk ni sentiasa menambah menu dari masa ke semasa. Untunglah, lepas ni tak payah nak cari makanan jauh-jauh, semua dah ada depan mata..:D
Nasi Kukus (RM4)
Soto (RM4) - rasa macam soto kat kampung, sebab tu Yayan suka sangat :)
Nasi Lemak (RM4) - yang ni Yayan belum pernah cuba lagi. tapi tengok macam sedap. next time nak cuba!
Dulu masa awal-awal masuk UKM sekitar tahun 2009, belum ada lagi kiosk ni... Kalau tak silap, kiosk ni baru setahun lebih kot... Untunglah students FEP, dah ada tempat makan yang dekat. Sebelum ni, kalau nak makan, kena pergi Fakulti Sains & Teknologi or Pusanika. So, sekarang ni kalau lecturer bagi rehat kejap, sempat lah nak makan sebab dah dekat kan... :)
Menu kesukaan Yayan adalah nasi ayam
& bihun sup. Makanan panas pula Yayan suka Mee Goreng Daging. Sedap! Pasti terangkat... Hehe... tapi gambar nasi ayam & makanan panas takde pulak. Gambar-gambar makanan kat atas ni pun Yayan ambik dari FB Kiosk 8 for Community. Yayan bukan taknak ambik sendiri, tapi setiap kali dapat makanan, tak sempat nak ambik gambar, dah ngap...:O
Harga pun berpatutan utk students. Kalau sesapa yg singgah UKM
tak tahu nak makan kat mane, boleh singgah ke sini. Dijamin puas hati. Zassss~~
No comments:
Post a Comment