About Me

Assalamualaikum. Janizan. Haryani. 23. Kami suka makan & jalan-jalan..sekian.

OuR LoVe JouRNeY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BeRMuziKa

Powered by Blogger.

Saturday, 27 April 2013

Makan 4: Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor


Bila duduk di perantauan, mula la ngade-ngade rindu kat makanan Johor. Yayan ni ‘kipas susah mati’ Laksa Johor. Kalau kt kampung tu senang la nak jumpa Laksa Johor ni. Tapi bila kat Selangor ni, payah bangettt nak jumpa.. Pernah sekali tu mase stay rumah sewa kat Putrajaya, Yayan susah payah menumbuk bahan-bahan untuk buat Laksa Johor ni sebab kat rumah sewa takde blender. Lesung batu pun comel je..letak sebiji bawang pun dah full...bersungguh-sungguh Yayan bangun pagi-pagi nak sediakan bahan masa tu. Alhamdulillah, first time masak, memang tidak mengecewakan..:D

Tapi sekarang ni dah duduk hostel, tak dapat la nak masak... Penyelesaiannya, taip kat Mr. Google: “Laksa Johor Bangi”. Jumpa! Rupa-rupanye ada restoran yang jual masakan Johor kat Seksyen 15, area Petronas yang dekat dengan tol Bangi tu. Apelagi, ajak la si Bana ke situ. 

Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor, Seksyen 15, Bangi

Nak ikutkan dari review-review dalam internet, kedai ni sentiasa beratur orang nak order makanan. Tapi selamat la masa kitorang sampai belum lunch hour. So, takdela nak kena line up panjang-panjang. Rambang mata pulak tengok menu kat situ. Menu tak banyak, tapi semua macam nak makan time tu jugak. Menu utama kat kedai ni Nasi Beriani Gam, tapi disebabkan Yayan ni peminat Laksa Johor & dah lama tak makan, Yayan order Laksa Johor. Susah nak buat keputusan jugak time tu :D... tapi Yayan dah fikir, next time mesti datang lagi, try Nasi Beriani pulak..

Selain tu, ada jugak Mee Rebus Johor, Mee Bandung Muar, Soto. Harga pun murah. Untuk menu yang jenis mee, harga RM4....Minuman pula Yayan order limau ais. Semua sekali RM5.20. masa duduk tunggu makanan sampai, Yayan perhatikan gak sekeliling kedai. Boleh dikatakan orang masuk tak putus-putus. Walaupun belum lunch hour, ada je customer keluar masuk kedai ni.

Setelah tunggu beberapa minit, menu yang diorder pun tiba......

 Pilihan Yayan: Laksa Johor & Air Limau Ais

Pilihan Cik Bana: Mee Rebus Johor. 

Oleh kerana Yayan ni ‘hantu’ laksa johor, maka, sampai licin pinggan Yayan..hehe...mee rebus pn sedap gak...cukup rase..ada macam crunchy-crunchy sikit, maybe dia letak cucur yang dipotong-potong....Tapi disebabkan selalunya mak Yayan masak Mee Rebus letak daging, so, bile jumpe yang takde daging, kureng menarik minat Yayan la...:D

Oleh kerana kali pertama Yayan tak try lagi menu utama kat restoran ni, lepas seminggu, Yayan ajak Bana dtg sini lagi. Kali ni sampai kedai lunch hour. Walaupun pergi ni hari Ahad, orang berduyun-duyun beratur. Yayan pun beratur la gak...pilihan Yayan adalah Nasi Beriani Daging. 

Nampak sedap kan? Daging seketul, tapi besar & sangat lembut. Ada acar nenas, keropok, kuah (dhal agaknye..) yang ni harga dia RM7.

Actually, Yayan bukanlah penggemar nasi beriani, nasi minyak, nasi jagung & seangkatan dengannya (nasi-nasi yang orang selalu masak untuk jemputan kahwin laa). Yayan penggemar nasi putih je. Sebab tu Yayan tak reti menilai sejauh mana kesedapan nasi ni. Lepas makan nasi beriani ni, Yayan rasa boleh tahan....sedap dan kalau tiba-tiba teringin nak makan nasi beriani, wajib pilih restoran ni...:D Nasi dengan lauk-lauk yg boleh dikatakan dlm portion yg sesuai. takdelah macam sesetengah kedai yang Yayan pernah pegi tu, bagi nasi banyak-banyak, tapi lauk sikit. Disebabkan kesedapan nasi kat restoran ni la yg membuatkan ramai yang datang, berduyun-duyun. Masa Yayan nak balik, dah semakin ramai customer datang, sampai dekat luar kedai dah orang beratur.. bersungguh mereka nak dapatkan nasi beriani. :D

Antara menu-menu di restoran ni:

Ayam Kampung Beriani
Ayam Kampung Goreng
Ayam Masak Merah
Beriani Daging
Beriani Kambing
Laksa Johor
Mee Bandung Muar
Mee Rebus Johor
Soto

Terima Kasih Restoran Anje sebab menghilangkan rindu Yayan pada Laksa Johor...:D

Wednesday, 17 April 2013

Makan 3: Double Sensation Pizza di Pizza Hut, Bangi


Pizza Hut Bangi ni terletak di Warta Bangi. Sebenarnya, misi utama ke Warta bukan nak ke Pizza Hut pun, tapi sebab nak cari perfume Cik Bana. Tapi misi utama tak tercapai pun. Sebaliknya, tertuju ke Pizza Hut...:D

Actually, Yayan kurang suka makan pizza sebab bagi Yayan, makan pizza cepat kenyang, tapi kejap lagi dah lapar balik :D Tapi disebabkan oleh susun atur selepas di’renovate’ kt Pizza Hut Warta ni kot yang buat Yayan terpengaruh. Lepas direnovate,  nampak lebih ekslusif & selesa... susun atur pun leh psiko selera kita erk?  :D

Bana yang ayu berbaju kurung... :D 

Kami pilih set Double Sensation Pizza seperti di dalam gambar ni:
Gambar dicopy-paste dari Mr. Google.  Set ni didatangkan dengan pizza bersaiz regular, 2 mangkuk sup, 4pcs garlic bread dan 2gelas air.

Masa pilih menu tu, ada gak terpengaruh tengok menu-menu lain especially spaghetti. Tapi berjaya jugak tahan iman.. Bukan ape, sebelum ni pernah je order pizza dengan menu-menu lain.. tapi tak larat nak abiskan...maybe sebab roti tu mengenyangkan...

Mula-mula yang sampai ke meja kami adalah appetizer:
Yang putih tu air Bana: Revive. Yayan pula pilih Pepsi. :)

Lepas dah abis appetizer, barulah pizza kami sampai... Nyam3x....

Nampak menyelerakan, kan? Kt atas pizza ni ada sosej, dalam pun ade lagi..tepi pun banyak gilee cheese...sedap memang sedap...tapi penambahan lemak di dalam badan pun banyak..:D.. sgt mengenyangkan....baru makan dua sepotong, dah terasa kekenyangan. Yayan hanya mampu habiskan 2 slices je kat situ. Lagi satu slice suruh waitress tu tapaukan.


Sebelum pulang, kami ke pegi ke kaunter untuk membayar. Harga set ni sebenarnya RM29.90. tapi selepas tambah segala macam tax la, services la.. jadi RM34.70. Ok lah tu utk 2 org. Dah, esok diet, tak nak makan. Mampu ke? :p

Tuesday, 9 April 2013

Hari Lahir JAJAN...

Alhamdulillah...usiaku kini sudah mencecah 23tahun pada tanggal 5 April....aprilfool...hehehe..semoga segala urusan serta perjalanan hidupku dimudahkan dan berjalan lancar..tiada sambutan or majlis2,cuma makan2 ngn yang tersayang Cik Yayan...mkn kat tempat biasela...ape lagi..Kemangi jek...kenyang beb...dan die belikan sepotong kek coklat n tiramisu kot(yang beli pun xtau itu tiramisu,ape laa)...mkan ape yg dia belikan kasi ahbis..kalau x,kene marah...huhuhu....Ape yang bestnye ulang tahun ku kali ini ialah, Cik Yayan telah menghadiahkan sebuah kek Coklat yang istimewa hasil tangannya sendiri....sangat teruja kerana ini adalah percubaan pertama Cik Yayan..

Ni dia kek coklat Cik Yayan..gabungan peach n grape.. 

ok x????it taste not bad tau...

Walaupun xla sehebat kek yang berada dipasaran, namun cukup baik untuk beginner seperti Cik Yayan...hehehe...En Jajan sangat kagum serta bangga dengan usahanya.fuhhh..salut..Terbaik..next time boleh improve lagi wat kek ni...bkn kek je,lain2 masakan pun kene improve gak...Overall, TERBAIK lagi sekali....