About Me

Assalamualaikum. Janizan. Haryani. 23. Kami suka makan & jalan-jalan..sekian.

OuR LoVe JouRNeY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BeRMuziKa

Powered by Blogger.

Thursday, 23 May 2013

Jajan's Birthday ♡

Entry sebelum ni Jajan ada ceritakan pasal kek harijadi yang Cik Yayan buat khas untuk Jajan. Tapi, Jajan tak cerita lagi pasal sambutan harijadi kan? Aik, dah besar-besar pun nak celebrate gak ke? :p

Ok, let’s start. Untuk pengetahuan uolls (bajet macam ramai yang bace :D), Jajan celebrate birthday 2 kali tau. Special kan? :p First, dengan si dia yang tersayang.. Masa 5 April yang betul-betul hari jadi Jajan tu, Cik Yayan balik kampung untuk cuti mid-sem... So, seperti biasa, Jajan ambil kat bustand Pontian. Mase tu Jajan lambat sikit disebabkan hal lain, boleh pulak Cik Yayan merayap dgn beg yang berat sampai ke depan Guardian. Cik Yayan ni memang tak leh duduk diam. Ada je kakinye nak melangkah. :D. Jajan sampai je, kami terus ke Restoran Kemangi. Cik Yayan order nasi goreng belacan & kerabu campur. Jajan pula order beef steak. Air pula Cik Yayan order air kelapa laut (sorry to say, Yayan kata air ni tawaq)...Jajan order fresh orange pastu order lagi air tembikai pulak :D

Sementara tunggu order kami sampai, Cik Yayan suruh bukak kotak yang dibawa dari KL. Rupa-rupanya Cik Yayan belikan dua potong kek special dr KL tau :p. Cik Yayan tau Jajan suka kek coklat, dia belikan kek coklat & lagi satu tiramisu.

Cik Yayan kata, gigih dia pastikan kek ni tak senget masa dalam bas utk Jajan. Tengok la hasilnya, cantik lagi walaupun duduk dalam bas bergoyang-goyang :D

Beef Steak for Jajan


Nasi Goreng Belacan Cik Yayan (dah makan half baru ingat nak snap gambar..ni kes dah lapar sgt Cik Yayan ni :p)...Tapi lastly, Cik Yayan tak habis makan pun. Jajan yang kasi settle... Nasi Goreng Belacan ni sedap! ada daging, ada telur hancur. memang puas hati...lain kali nak order ni la....


Ni kerabu campur Cik Yayan. (ni pun kes sama, dah makan half baru ingat nak snap gambar). Jajan tak berapa reti makan kerabu ni, tp tengok Cik Yayan makan sampai licin, mesti sedap...:)

Kali ke-2 Jajan sambut bulan Mei. Kenapa lambat sangat? Actually, family nk sambut birthday mak Jajan. So, sambut sekali dgn my birthday.... Sekali lagi, Kak Ima buatkan kek coklat utk Jajan. So, sekarang semua org dah tahu, kek favourite Jajan. :D.. Selain tu, ada juga pelbagai makanan disediakan. Yela, dah semua ahli keluarga balik, mestila banyak makanan kan? 


Bacaan doa sebelum memulakan majlis. Semua ni family Jajan. Ramai kan askar-askar cilik? :p

Sesi memotong kek. Yang bawah tu kek utk mak sebab mak kurang suka makan kek coklat. Yang atas tu baru kek Jajan 
:D

Antara makanan yang ada: Spaghetti Bolognaise, Nasi Goreng Cina, Blueberry Tart, Cream Caramel, Ayam Bakar, Sate, dll....


Ape pun, TQ for my family & my sweetheart kerana menyambut birthday Jajan. Terima kasih juga kepada mak & Cik Yayan yang belikan hadiah utk Jajan. Love uolls... ♡

Saturday, 18 May 2013

Makan 5: Kiosk 8 for Community, UKM


Lamanya tak update blog ni. Almaklumla.. dah masuk bulan akhir before final. Banyak la assignments nk settle. Normal la student akan rushing last minutes :D

Dalam kesibukan menyiapkan assignments, sempat la gak join majlis cabutan bertuah. Majlis ni dianjurkan oleh Kiosk 8 for Community yang terletak di Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM. Cara nak join cabutan ni, makan lebih daripada RM2 dalam satu resit. Kemudian tulis nama & nombor matrik dibelakang resit dan masukkan dalam tong yang disediakan. Tak silap Yayan, tempoh cabutan ni selama dua minggu. Tapi Yayan tak lah makan hari-hari-hari kat situ. Masa minggu pertama tu rajin la... Tapi minggu kedua kurang sikit makan kat kiosk sebab ada program kat fakulti, dapat makanan free.... :) Walaupun dengan hanya beberapa keping resit yang Yayan masukkan, Yayan dapat gak la habuan...hehe...Bak kata pepatah, ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.... Yayan dikira bertuah la gak sebab tersenarai antara 10 penerima hamper....yiihhhaaa... tapi belum cukup bertuah sebab tak dapat hadiah utama: Iphone 5. Haishhh... tapi bersyukur la dapat hamper tu kan :D

 

So, disebabkan Yayan dah dapat hamper, Yayan nak promote sikit, Kiosk 8 for Community ni menyediakan pelbagai hidangan yang sodap-sodap belaka....Antaranya, Nasi Ayam, Soto, Nasi Kukus, Nasi Lemak, Nasi Campur, makanan panas utk waktu petang dan macam-macam lagi la. Dan kiosk ni sentiasa menambah menu dari masa ke semasa. Untunglah, lepas ni tak payah nak cari makanan jauh-jauh, semua dah ada depan mata..:D

Nasi Kukus (RM4)

Soto (RM4) - rasa macam soto kat kampung, sebab tu Yayan suka sangat :)

Nasi Lemak (RM4) - yang ni Yayan belum pernah cuba lagi. tapi tengok macam sedap. next time nak cuba!

Dulu masa awal-awal masuk UKM sekitar tahun 2009, belum ada lagi kiosk ni... Kalau tak silap, kiosk ni baru setahun lebih kot... Untunglah students FEP, dah ada tempat makan yang dekat. Sebelum ni, kalau nak makan, kena pergi Fakulti Sains & Teknologi or Pusanika. So, sekarang ni kalau lecturer bagi rehat kejap, sempat lah nak makan sebab dah dekat kan... :)

Menu kesukaan Yayan adalah nasi ayam & bihun sup. Makanan panas pula Yayan suka Mee Goreng Daging. Sedap! Pasti terangkat... Hehe... tapi gambar nasi ayam & makanan panas takde pulak. Gambar-gambar makanan kat atas ni pun Yayan ambik dari FB Kiosk 8 for Community. Yayan bukan taknak ambik sendiri, tapi setiap kali dapat makanan, tak sempat nak ambik gambar, dah ngap...:O

Harga pun berpatutan utk students. Kalau sesapa yg singgah UKM tak tahu nak makan kat mane, boleh singgah ke sini. Dijamin puas hati. Zassss~~