About Me

Assalamualaikum. Janizan. Haryani. 23. Kami suka makan & jalan-jalan..sekian.

OuR LoVe JouRNeY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BeRMuziKa

Powered by Blogger.

Sunday, 31 March 2013

Perginya seorang sahabat. Nurul Nadia Ayub.

Masih terbayang di mata ini pertemuan kali pertama kita di bilik D1.28 Blok Al-Razi, Kolej Matrikulasi Johor.

Waktu itu keluarga kau beritahu kau tersalah blok. Oleh kerana dah angkat semua barang-barang ke bilik itu, kau minta ditukarkan terus ke bilik kita. Mungkin ada hikmah di sebalik kesilapan itu. Pertemuan kali pertama kita. Untuk aku mengenali kau, sahabatku.


Masih teringat pada awal semester, bila rakan yang lain balik kampung. Yang tinggal hanya 
kau aku  di bilik itu. Aku sakit perut yang amat sangat disebabkan salah makan. Masih terngiang keprihatinan kau bertanya keadaan ku. 

Masa terus berlalu. Setahun. Walau kita tak rapat, tapi kita tetap seperti keluarga. Mengambil berat keadaan antara satu sama lain. Menyayangimu bagai kakak ku.


Hari terakhir di KMJ, kita bersalaman. Walau bibir tak meluahkan, namun hati seperti berikrar; sejauh mana kita berada, kita tetap sahabat selamanya.


Setelah pertemuan terakhir itu, kita hanya berbalas pesanan ringkas utk bertanya khabar & bertanya tentang penempatan universiti masing-masing. Selepas itu, kita jarang berhubung. Mungkin tiada topik utk dibualkan. Tapi aku tetap mengambil tahu perkembangan kau dan rakan-rakan lain melalui FB & Twitter. Melalui gambar yang ku upload di FB, aku meluahkan betapa sayangnya aku pada kalian, teman-teman sebilikku. Kau dan rakan-rakan yang lain juga menyatakan bahawa kalian menyayangiku....terima kasih sahabat-sahabatku....


Pagi ini aku dikejutkan dgn berita pemergian kau menghadap Ilahi buat selama-lamanya kerana masalah jantung. Mengalir air mata ini bila mengenangkan kenangan bersamamu. Nurul Nadia Ayub. Kau rakan yang terbaik. Terbayang senyuman manismu di ruang mataku ini. Semoga kau tenang di sana & ditempatkan bersama-sama orang yang beriman......


Terima kasih utk perkenalan yang singkat tapi bermakna... Al-Fatihah untuk bekas teman sebilik di Kolej Matrikulasi Johor yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pagi tadi, Nurul Nadia Ayub.



kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku....
satu-satunya gambar kita berempat yang paling aku sayangi. Semoga Nurul Nadia (baju merah) tenang di sana. Disamping golongan orang yang bertaqwa. 

Saturday, 30 March 2013

Makan 2: Heaven Steamboat & Grill, Taman Pulai Utama, Skudai, JB


Ini date yang tak dirancang. Mula-mula Jajan dah ajak Yayan temankan dia beli bateri laptop. Mula-mula tu memang malas nak teman, tapi bila memikirkan tu untuk laptop Yayan, rasa mcm zalim la pulak biar Jajan pegi sorang-sorang. Dahlah Yayan pow duit Jajan beli bateri tu... :D
Lepas Jajan balik kerja, Jajan pick-up Yayan kat rumah dan terus gerak ke Taman Universiti, Skudai. Mula-mula pusing-pusing cari kedai tempat beli laptop ni dulu. Kedudukan dah dapat, tapi tak ingat kedai mane satu. Kedai komputer kat situ berderet kot.. dah 2x round depan deretan kedai, berhenti je la mana-mana. Yayan cakap dgn Jajan, kita survey harga dulu la. Tapi masuk kedai pertama, kitorang terus beli sbb Jajan kata, harga memang lebih kurang mcm tu je. Settled tujuan pertama. Now, laptop Yayan kembali sempurna dengan adanya bateri baru....:)

Next, kitorang g makan tempat yang Yayan nak sangat try sekian lama. Kitorang memang suka mencuba kedai makan baru especially yg jual steamboat & grill ni. Cari kedai ni senang je, dekat je dengan Jusco Taman U. Dan kedai ni betul-betul berada kat belakang U-Mall. Inilah dia kedai yang dimaksudkan;

Heaven Steamboat & Grill

Oleh kerana kami dah biasa makan steamboat & grill yg buffet ni, kitorang dah tau tatacaranye....hehe....sampai-sampai je terus pilih meja dan pegi ambil bahan-bahan masakan.. Jajan bahagian frozen food, Yayan pulak bahagian fresh meat & sayuran. Yayan kurang suka frozen food, so, Yayan tak ambil tahu la apa yang Jajan ambil. Dan ini adalah hasilnya semasa dalam proses memasak..

belum masuk sayur lagi, periuk dah penuh....:) 

kedai ni menyediakan dua pilihan sup; sup sayur & tomyam.. Kitorang pilih sup sayur je... dalam sup ni ada potongan cili padi...Yayan memang suka pedas, memang suka la.......

aneka sos yang disediakan. antaranya, sos cili thai, sos lada hitam, sambal kicap, sos cili, thousand island, wasabi pun ada(yang warna hijau)

lama gak tunggu nak masak bahan-bahan ni...dah tak sabar nak makan...

Kat sini yang bestnya ada mee goreng, nasi goreng, dsb.. mula-mula tengok mee goreng tu mcm tak menarik minat pun... tapi bila dh try, sedap ok. Kitorang share mee goreng ni satu pinggan je. Sweet kan? Haha.... sebab dah sedap dan mungkin sebab kitorang lapar, habis sepinggan. Jajan topup lagi, kali kedua, dah start kenyang. Ok, ni dah silap konsep, masuk kedai steamboat, kenyang makan mee goreng pulak... patutla kali ni kitorang makan steamboat sikit je....selalunye 2-3 round..

selera je Jajan makan mee goreng ni... sudu extra tu Yayan punya...

Pemerhatian kitorang, tempat ni ada kelebihan & kekurangan berbanding tempat-tempat steamboat & grill sekitar Johor yang kami pernah masuk. Tapi yang paling tak best tu, kedai ni guna pinggan polisterin.. dari segi kebersihan memang sesuai la guna pinggan polisterin. Tapi yang tak best tu bila kitorang dah bakar-bakar, nk angkat letak dlm pinggan, pinggan tu melecur...(eh, betul ke pilihan ayat ni?...:D). Yela, makanan masih panas letak atas polisterin kan.. nasib baik Yayan dapat idea utk mengelakkan masalah tu. Ape idea tu? Rahsia...haha. Yang lain-lain still the best kot. Kalau nak tahu apa dia, try la dulu yer. Tapi Yayan puji desserts kat sini. Macam-macam ada... ada jeruk, buah-buahan, eh, macam-macamla..aiskrim pn ada. Kedai ni sediakan aiskrim nestle siap ada topping...Yayan ambil ckit, tapi lupa nak ambil gambar. Ambil gambar peti ais je pn jadi la...

Oh, lupe pulak, harga kat sini sama je macam kebanyakan kedai steamboat & grill yg lain. RM20 per adult. RM15 bagi 55thn ke atas dan kanak-kanak RM8. Konsepnya juga sama: makan selagi boleh makan. tapi jangan membazir. Maksudnya, dah ambil banyak-banyak tapi tak makan pun. Pembaziran akan dikenakan bayaran.

Masa makan, Jajan ajak pegi Bazaar Karat pulak, nak beli hadiah utk anak sedara dia sempena result SPM. Bazaar Karat ni mcm uptown tu je. Mungkin digelar Karat sebab ada jual barangan terpakai. So, Yayan mesej akak suruh inform mak, balik lambat sebab nk g bazaar karat....target dalam pukul 11 sampai rumah. Sekali jalan punya jalan, tuptup gerak dari bazaar karat pukul 12.......:D

masa jalan-jalan kat bazar karat, ada bunga api...terus snap gambar bunga api....:D

Tuesday, 26 March 2013

Jalan 1: Genting - KL - Melaka


1st time Jajan sampai ke Genting Highland bersama ahli keluarga (Abg Jamal, Kak Yan, Kak Ima, Ejas, Wani, Thaqif). Tak semua ahli keluarga dapat pergi sebab masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilaksana. Kalau pergi satu family mesti lagi enjoy kan...huhu...

 Pagi sebelum bertolak,  Jajan tunggu abg Jamal gerak dari rumah dia dari Pasir Gudang. Then, kami pun mulakan perjalanan dalam pukul 10 pagi, sampai di Melaka kami singgah di IKM Jasin untuk amik Ejas. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Genting & sampai sana pada waktu malam. Sampai-sampai je terus check in hotel & berehat. Esok je la baru mulakan aktiviti. Malam tu, Jajan tidur awal sebab letih sgt.

Pergi GH ni masa Tahun Baru Cina, paham-paham je la kesesakan manusia kat GH ni. Nama pun cuti kan. So, mase di GH, kami bermalam di First World Hotel. Suasana & fasiliti hotel ni boleh tahan la. Tapi nama pun peak rates kan. Faham-faham je la.  Huhuhu...

kebanjiran manusia di Genting Highland..

antara permainan yang disediakan di Genting Highland..

anggota rombongan cik kiah...hehe



Hari kedua, kami memulakan aktiviti di Genting sehingga 2pm sebelum bertolak ke KL. Sampai di KL, kami cume berjalan-jalan sekitar area KL dan kemudian check in di Hotel Nouvelle yang terletak di Sungai Besi. 

Malam kedua pun kami hanya stay di bilik mungkin sbb keletihan buat aktiviti di Genting....
Hari ketiga, kami ke Zoo Negara. Nama pun zoo, tengok binatang la, ape lagi...hahaha... Lepas puas mengelilingi zoo, kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang, kami sempat lagi singgah ke Taman Rama-rama....




 penghuni-penghuni Zoo Negara...




 yang ni Wanie & Thaqif (member kamcing ni...huhu...)

Seharian berjalan, kami sampai ke rumah dlm pukul 9.... Sekian perjalanan 3 hari 2 malam ke Genting-KL-Melaka...letih tapi menyeronokkan....:)

Monday, 18 March 2013

Makan 1 : Ayam Penyet Best, Bangi



Hari ni Yayan ingatkan nak berkurung dalam bilik je. Tapi pagi-pagi lagi Bana called ajak ke JPJ Bangi sebab lesen dia ada problem. Masing-masing tak tau kat mana JPJ nya. Nasib baiklah ada signboard arah JPJ ni. Sampai je Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, berpusing-pusing gak mencari. Bana nak tanya orang, sekali baru je nak berhenti, nampaklah signboard besar tulis Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Bangi terpampang depan kami...well, tengoklah siapa yang bawak motor kan (actually, Yayan bawak motor masa dah sampai Seksyen 7 je, sebelum tu Bana yang bawak...haha)...Yayan ikutlah masuk ke dalam JPJ ni. Tak sanggup nak tunggu panas-panas kat luar...JPJ cawangan Bangi ni mcm baru je...ke dah lama, tapi tak pernah tau??..haish...dah lebih 3 tahun bermastautin kat Bangi ni masih tak tahu area Bangi ni..almaklumlah...student duduk bilik je, study (poyoo)..

Sampai ke JPJ ni, tak settle pun masalah si Bana ni. Orang JPJ tu cadangkn kami ke MyEG pulak. Lepas keluar dari JPJ ni, kami taklah terus ke MyEG, tapi kami nak makan dulu. Nak cari makan pn susah.. mula-mula tu Bana cadangkan ke PKNS sebab dia kata foodcourt PKNS dah best, tapi Yayan mcm malas lak nak masuk PKNS, so, Yayan cdgkn ke kedai-kedai yang ada kat luar je. Mula-mula tu kami masuk Islamic Kitchen. Belek-belek menu punya lah lama, tp tak tahu nak order apa. Ingatkan kalau tak makan kat sini, nak order minum je sebab cover la sikit dah usha menu punya lama kan. Tapi Bana kata kalau dah taknak makan, keluar je lah.. maka, dengan selambanye kami keluar macam tu je...haha...Maafkan kami, kami tak tahu nak order apa sebenarnya... hehe...

Lepas tu, Yayan ajaklah Bana ke Ayam Penyet Best kat Seksyen 15 sebab Bana ni teringin nak makan lele penyet. Sampai kedai tu, Bana decide nak order set lele penyet (sebab memang dia dah teringin nak lele pun kan). Yayan pulak nk order ayam penyet, tp, org tu kata ayam ‘nggak bisa’...haha...ayam dah abis la tu...terpaksalah order sama ngan Bana, set lele penyet gak. Mula-mula yang sampai dulu mestilah air.... basahkan tekak dulu sebab dah kehausan....Sambil tunggu makanan sampai, kami pun snap la gambar air ni....kalau tengah kehausan, memang menyelerakan lah air ni.

 Air teh ais limau. Yang sebelah tu awek mana entah...heheh...

Dah minum sikit, makanan kami pun sampai. 2 set Lele Penyet yang nampak menyelerakan.....

Set Lele Penyet : Nasi Putih, Lele Penyet + Sambal + Ulam, Sup, Teh Ais Limau
Yang pinggan depan tu, pinggan Bana. Dia dah lapar sangat. Yayan baru nak snap gambar, dia dah start makan...hehe..

Ni special case. 2 ekor ikan sebab size dia kecil. Yayan ambik yang ni... Bana ambil yang sekor, tapi besar..

Sebenarnya ni kali kedua Yayan makan kat sini. Sebelum ni dah pernah makan sekali dgn cik abg kita.. Dari segi makanan semua, ok lah..yang best sambal dia pedas...siap mintak tambah sambal...hehe....harga pun standard la...satu set RM9.90...kalau set dengan air cappucino pula RM10.90... Ada jugak side order yang lain macam sup tulang, pecel, ice blended, dsb. Cuma pekerja kurang sikit. Masa kami datang waktu lunch hour, memang agak ramai customer... Yang ambil order cuma 2 orang je...so, diorang yang ambil order tu macam kelam-kabut sikit. Tapi takde la lambat sangat. Walaupun pekerja kurang, service still ok. So, bolehlah cuba makan kat sini.

Lepas makan & bayar di kaunter, kami pun bergerak ke MyEG. MyEG ni pun tak tahu kat mana. Sebenarnya Yayan dah pernah pegi MyEG ni sebab Yayan amik test berkomputer utk lesen memandu kat sini. So, jalan tu main agak-agak je la. Tapi sampai juga. Lepas dh settlekan hal Bana, Bana pun hantar Yayan balik ke kolej. Bana nak pegi KWSP lak, tapi Yayan tak ikut sebab dah kepenatan.. mata pun dah ngantuk lepas makan kan. dari pukul 10pagi sampai pukul 3petang berpusing-pusing kat Bangi, memang penat lah...haha... 

Sunday, 17 March 2013

iNiLaH KAmi....MR.J & MS.H

vacation oh vacation....sweet x??

Kasihan MS. H

hari ini seharian mr.j kerja...ptg baru dpt rehat.selepas makan,mr.j berehat dan melelapkan mata.dapat la gak bebererapa jam tido..hehehehe...tiba-tiba ada org kejut dan panggil untuk kerja lagi...arrrggghhh....dan tiba-tiba juga teringat kt duit company...bila tengok dan cari duit tu,tapi tiada...oooo.mann...da start gelabah dah....tanya sama mak,tanya sama abah pun tiada...tanya sama pokok lagi la tiada...joke je...hehe..nak dijadikan cerita,ms.h call....emmmm..memang kena la.mr.j dah la panas baran..tak pasal-pasal kena marah...kasihan dia....berbalik pada kes tadi,dh risau sgt ni.cari suma tempat tiada gak...cari kat seluar,celah-celah mana pun xjumpa...ntah macam mana leh tergerak nak periksa satu seluar jean ni yang baru pakai dua hari semalam....cek kat belakang poket seluar tu dan.................JUMPA!!!!!!!....yehhhh....jumlah duit tu bukan sikit,BERIBU tu.....alhamdulillah....nasib baik tak kena marah dengan abah...hehehe...tp kasihan kat ms.h....kena marah percuma...maafkan mr.j ok...mr.j xsengaja..-coretan mr.J..(sorry ayat terabor...first touch ni..kami budak baru belajar berBLOG..)

Saturday, 16 March 2013

CETUSAN IDEA


...بسم الله الرحمن الرحيم...

TerHasiLnYa bLog ni diseBabKan iDea Mr. J. Pada mulanya Mr. J Dah meNcaDanGkan utk buat bLog ni, tapi Ms. H tak setuju atas seBab Ms. H tak suKa beRcerita, sebab Ms. H ni pendiaM di LuaR...yeke PeNDiam?? hehe.... Tapi entah maCamaNa terHasil juga blog ni hasiL PerbinCangan bERsaMa.  KaLau kat LuaR, kami ni Low pROfiLe. So, Ramai yaNg taK taHu perangai seBenar kaMi kOt. Tp kt bLOg ni maCaMane la aGakNya? Entah2 terboNgkaRLah segala keSenGaLan kitOrang kAn?? Huhuhu..